img
Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Skema Warna :tema asal | tema biru | tema hitam | tema coklat Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 

Sejarah Manjung

Menurut catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.
 
Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan.
 
Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Sehingga tahun 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan.
Masuk
Masuk | Daftar

Carian