PENGENALAN MEDAN LETAK KERETA BERTINGKAT
Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat (MTLKB) di Lumut terletak di tengah-tengah Bandar Lumut yang semakin berkembang dan pesat membangun dibawah kelolaan MPM.MTLKB ini dibina untuk kemudahan pengguna dan pelancong yang datang dari luar atau dalam negara untuk menampung kekurangan tempat letak kereta di Bandar Lumut akibat kebanjiran pelancong terutama di musim-musim cuti perayaan. Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan jeti ini pelancong tidak perlu berjalan kaki terlalu jauh untuk sampai ke jeti.

TLKB mempunyai 4 tingkat di mana di dalam satu masa mampu menempatkan kira-kira 900 buah kenderaan.

Panduan arah ke Medan Tempat Letak Kereta Pintu masuk utama ke Medan Tempat Letak Kereta Papan tanda Medan Tempat Letak Kereta

 

 

KADAR BAYARAN

HARI

TEMPOH MASA

KADAR BAYARAN

Isnin – Ahad dan Hari Kelepasan Am

1 jam pertama & jam berikutnya 

0.60 sen

1 Hari (24 Jam) RM 14.40

 

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT

1. Kad Bulanan
MPM juga menyediakan kemudahan "SEASONPASS" untuk pengguna yang berminat untuk memohon terutamanya pengguna yang bekerja di Pulau Pangkor.
Kad Bulanan dikenakan bayaran permulaan (deposit) sebanyak RM 50 dan RM70 bagi setiap bulan.

2. Kawalan CCTV 24 jam
Kemudahan CCTV yang memantau keadaan di sekeliling medan tempat letak kereta dan dapat mengelakkan berlakunya sebarang kecurian kenderaan pengguna.

3. Mesin Autopay
Pembayaran terus di mesin autopay dan ini memudahkan pelancong untuk membuat bayaran tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran.

Ciri-ciri keselamatan yang terjamin disitu antaranya

a) Kawalan 24 jam
Attendan parking ditempatkan di TLKB bagi memantau setiap kenderaan yang keluar atau memasuki serta membuat tinjauan dan pemantauan setiap satu jam sekali.
b) Sistem Penggera Kebakaran yang berfungsi dengan baik dan dapat digunakan sekiranya terdapat kebakaran yang berlaku
c) Oleh kerana medan tempat letak kereta ini berbumbung ia dapat menghindarkan kenderaan pengguna daripada pancaran matahari yang boleh menyebabkan kenderaan mengalami kerosakan

Jaminan keselesaan
Antaranya:-
a) Kemudahan tandas yang bersih dan selesa kepada pengguna
b) Kedai-kedai makan disediakan di parking bertingkat untuk memudahkan pengguna mahupun pelancong menikmati makanan sambil menikmati pemandangan yang menarik di Lumut
c) "JUMPER" juga disediakan untuk pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan