KEMPEN
1.Tarif Baru Elektrik
Tarif baru elektrik telah diumumkan kerajaan pada 30 Mei 2011. Bagi mereka yang mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang, dinasihatkan agar jangan bimbang kerana tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan.
Sila rujuk jadual tarif baru elektrik di bawah:

TIP MENJIMATKAN TENAGA ELEKTRIK
- Pilih penghawa dingin yang bersesuaian dengan saiz bilik.
- Kurangkan penggunaan penghawa dingin dengan menanam pokok yang memberikan teduhan dan buka tingkap untuk membenarkan aliran udara masuk.
- Pilih jenis lampu yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan) dan letakkan lampu di sudut bilik.
- Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika (menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa). Ini kerana, seterika menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk memanaskannya.
- Jangan letakkan makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Tutup suis semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelak pembaziran elektrik pada setiap masa.
|