Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 

Unit Audit Dalam

Latarbelakang

Unit Audit Dalam MPM diwujudkan mulai 01 Julai 2004 adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawalan dalaman majlis sentiasa dipertingkatkan dengan membuat beberapa penilaian serta kajian ulangan ke atas operasi-operasi dan rekod-rekod Majlis.

Unit ini adalah satu unit berasingan yang ditubuhkan di bawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Agensi bermaksud Tuan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis.

Objektif Unit Audit Dalam


Unit Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perunding secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi Majlis. Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu Majlis mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Unit Audit Dalam bertanggungjawab bagi menjalankan Audit Pematuhan (pengurusan kewangan) dan Audit Prestasi. Audit Pematuhan (pengurusan kewangan) merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor dan sebagainya telah diurus mengikut undang-undang peraturan dan arahan yang berkaitan. Audit Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah tercapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

Objektif Kualiti Unit Audit Dalam

 

  1. Memastikan Rancangan Audit Tahunan disediakan serta diluluskan selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa.
  2. Memastikan Laporan Tahunan disediakan serta diperakukan selewat-lewatnya pada bulan Mac tahun berikutnya.
  3. Memastikan proses auditan di jalankan berdasarkan kepada Rancangan Audit Tahunan atau arahan pihak pengurusan (Audit Khas) dari masa ke semasa.
  4. Memastikan pelaksanaan serta laporan Audit Khas disiapkan dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh arahan diterima daripada Yang Dipertua / Setiausaha.
  5. Memastikan memo kepada auditi dihantar sekurang-kurangnya 3 hari sebelum proses auditan mula dijalankan bagi program pengauditan berdasarkan Rancangan Audit Tahunan.
  6. Mengeluarkan memo peringatan terhadap teguran / pertanyaan audit yang belum dijawab dalam tempoh 14 hari dari tarikh akhir jawapan / maklumbalas perlu diserahkan oleh auditi.
  7. Menyediakan Laporan Pencapaian “Cut-Off” Piagam Pelanggan selewat-lewatnya 15hb bulan berikutnya dan dihantar kepada pihak pengurusan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh.

Pages: 1  2  

Masuk
Masuk | Daftar

Carian