img
Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Skema Warna :tema asal | tema biru | tema hitam | tema coklat Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

Program & Aktiviti

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

1.   Latar belakang
 
-        Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk
         melaksanakan tugas pembasmian kemiskinan di bandar selepas penyusunan semula
         Kabinet pada 27 Mac 2004. Sebelum ini, tugas ini adalah di bawah bidang Kementerian
         Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penyerahan fungsi ini juga termasuk pengukuhan
         kapisiti (capicity building) di pihak KPKT sendiri dan dipanjangkan pula kepada Pihak
         Berkuasa Tempatan khususnya sebagai agensi pelaksana bagi kementerian ini.
 
-        Kerajaan telah mensasarkan untuk membasmi golongan miskin tegar menjelang tahun
         2005 dan kemiskinan secara keseluruhannya dalam tempoh lima tahun, tanpa mengira
         kumpulan etnik. Harapan pihak kerajaan agar kawasan bandar tidak akan mempunyai 
         penduduk miskin menjelang tahun 2009. (Petikan Teks Ucapan YB Dato’ Seri Ong Ka Ting,
         Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Majlis Perasmian Kursus Capacity Building Program 
         Pembasmian Kemiskinan Bandar KPKT 30 Nov. 2004).
 
-        Usaha pembasmian kemiskinan di kawasan bandar difokus dan memberi keutamaan
         kepada kawasan-kawasan petempatan dan kelompok-kelompok miskin yang masih
         wujud di kawasan-kawasan bandar seperti perkampungan setinggan, kawasan perumahan 
         kos rendah, kawasan kampung baru dan kawasan kampung tradisonal.
 
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
           
Matlamat
a.      Menyediakan persekitaran hidup yang sejahtera, sihat dan selamat kepada kumpulan 
         sasar menerusi penyediaan peluang-peluang meningkatkan pendapatan dan pekerjaan
         serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas
         dan awam
b.      Memupuk semangat berdikari dan daya tahan kumpulan sasar melalui program
         pembinaan dan bina upaya.
 
Objektif
a.      Menghapuskan golongan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009 tanpa mengira
         kumpulan etnik.
b.      Meningkatk n kualiti hidup kumpulan Sasar ke paras yang selaras dengan Indkes Kualiti
         Hidup Malaysia @ Malaysia Quality of Life (MQLI) yang mencakupi bidang-bidang
         pendidikan, kesihatan, perumahan yang mampu dimiliki dan rekreasi supaya mereka 
         tidak tersisih dari arus pembangunan bandar; dan
c.       Membawa perubahan minda dan menanam sikap positif di kalangan kumpulan sasar
 
 

Pages: 1  2  3  4  

Masuk
Masuk | Daftar

Carian