Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu
Sila pilih saiz font anda :   Sila pilih warna pilihan anda : Sila pilih latarbelakang anda :


 

   

 

 

Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan

 
Fungsi
 
  1. Menyediakan perancangan pembangunan dengan kemas dan teratur bagi dinikmati oleh penduduk mengikut matlamat wawasan.
  2. Mengawal pertumbuhan pembangunan Majlis supaya dapat memberi faedah kepada masyarakat dan pengunjung.
  3. Merancang pembangunan kawasan untuk kemudahan awam.
  4. Penggerak perubahan dan pembangunan di kawasan Majlis dengan berkesan kepada penduduk.
  5. Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis mengikut program dan peruntukan yang disediakan seterusnya membantu pembangunan kawasan Majlis Perbandaran Manjung.
  6. Terlaksananya projek sama ada penyelenggaraan, penyediaan prasarana, sosio ekonomi dan sebagainya bertujuan memberi serta menambah kemudahan riadah dan peluang ekonomi kepada penduduk.
  7. Dengan terlaksananya projek secara langsung dan tidak langsung dapat menambah pendapatan Majlis / Kerajaan melalui caj-caj dan cukai.
  8. Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam seperti menyediakan pasar awam, tempat letak kereta, pondok menunggu bas dan lampu jalan.
  9. Bertanggungjawab menyelia / mengawal sistem lalu lintas di kawasan bandar.
Piagam Pelanggan
 
  1. Menerima aduan sehingga menjawab semula kepada pengadu iaitu selama sepuluh (10) hari.
  2. Proses sebutharga sehingga ditawarkan kepada kontraktor dalam masa tiga puluh (30) hari.
  3. Proses tender : a) Peruntukan Majlis sehingga ditawarkan kepada kontraktor dalam masa 8 minggu.
    b) Peruntukan Negeri/Persekutuan sehingga dikemukakan kepada Lembaga Tender / Lembaga Perolehan Persekutuan Dalam Masa Dua Belas (12) minggu.
  4. Prosedur Pengurusan Permohonan Permit Mengorek Jalan Dalam Tempoh Empat Belas Hari (14) hari.
  5. Proses Tuntutan Bayaran Kontraktor/Pemborong Kepada Jabatan Perbendaharaan Dua (2) hari.
  6. Pendaftaran kontraktor diselesaikan dalam masa tujuh (7) hari dengan syarat setelah mengemukakan dokumen-dokumen lengkap dan menjelaskan wang pendaftaran.
  7. Permohonan lampu awam di proses dalam tempoh empat belas (14) hari sama ada permohonan diluluskan atau ditolak.
Masuk
Masuk | Daftar