MENU
 
>

📢📢 PERHATIAN KEPADA PENJAJA - PENJAJA DAERAH MANJUNG

Majlis Perbandaran Manjung telah Melaksanakan PERMIT PENJAJA HARIAN SEMENTARA 2020 bermula 21 MEI hingga 31 DIS 2020

Permit ini bertujuan bagi membantu dan memudahkan golongan penjaja mendapatkan permit perniagaan dari MPM untuk melakukan aktiviti perniagaan secara harian dan sementara dengan hanya membuat bayaran RM10 per hari. Permit ini hanya tertakluk kepada penjaja makanan dan minuman serta buah buahan serta bersesuaian sahaja.

🔖 Cara Permohonan PERMIT PENJAJA HARIAN SEMENTARA 2020

1. Lakukan Pembayaran Permit Sebanyak RM10.00/hari Melalui Perbankan Internet
📍 Cara Pembayaran: Boleh di Maybank2u, CIMclicks, Bank Islam Bizz (Public Bank & RHB tidak termasuk)
i. Pilih PAY dan pilih Majlis Perbandaran Manjung
ii. Masukkan Jumlah RM10 dan Kod Akaun M000650
iii. Buat Bayaran dan Simpan Resit Pembayaran Sebagai Bukti Pembayaran

2. Anda Perlu Mengisi Borang Permohonan Permit Penjaja Harian Sementara di

https://forms.gle/HZuBbM5RoZVNcyHfA

📍 Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan betul
🔖 Terma dan Syarat
📍Khemah atau meja penjaja tidak melebihi saiz 10'x10'
📍Permit ini hanya sahlaku per hari (1 hari) sahaja
📍Permit ini hanya sahlaku pada 1 lokasi perniagaan sahaja
📍Anda perlu melakukan pembayaran permit dan mengisi borang permohonan pada setiap hari anda melakukan aktiviti perniagaan.
📍 Lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti berhampiran Pasar Awam tidak dibenarkan (Perlu lebih 100 meter dari Pasar Awam)
📍Sekiranya Pihak MPM mendapati bahawa lokasi perniagaan anda tidak sesuai atau melanggar mana-mana peraturan/undang-undang berkaitan atau SOP MKN, Pihak MPM berhak mengarahkan Penjaja untuk mencari lokasi lain yang lebih sesuai
📍Sekiranya anda melakukan aktiviti perniagaan tanpa permit/lesen/kebenaran dari Pihak MPM, anda boleh dikenakan tindakan kompaun atau denda atau hukuman undang-undang
📍Pihak MPM berhak mengubah Terma dan Syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu
Jabatan Pelesenan
Majlis Perbandaran Manjung
05 6871384

#perangicovid-19
#MovementControlOrder
#stayathome