MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menyerahkan beberapa unit EZ Sanitizer kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Landskap Negara dan BERNAMA Radio.

Sehingga kini, EZ Sanitizer telah digunakan di beberapa jabatan daerah Manjung seperti Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan jabatan-jabatan negeri termasuk Bahagian Dewan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dan RTM Perak selain di pejabat pentadbiran dan pejabat-pejabat cawangan MPM.

Hasil inovasi anggota Unit Landskap, MPM ini praktikal digunakan ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19 kerana boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 disebabkan tidak melibatkan sebarang sentuhan di antara individu dengan botol sanitizer, sebaliknya hanya menggunakan kaki bagi menekan pemijak bagi mengeluarkan cecair sanitizer dan terus digunakan.

Selain itu, kos pembuatan EZ Sanitizer ini juga rendah kerana hanya menggunakan barangan kitar semula dan terpakai.

#perangicovid-19
#MovementControlOrder
#stayathome