MENU
 
>

Pemantauan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di pasar-pasar awam diteruskan lagi pada pagi ini bagi memastikan arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKP dipatuhi oleh para peniaga dan pengunjung.

Pengunjung dan para peniaga memberi kerjasama dengan mengikuti arahan untuk mengekalkan jarak sosial serta mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan ketika membuat pembelian.

Namun begitu, masih terdapat segelintir peniaga yang tidak mematuhi arahan dengan membuka meja jualan di luar tapak pasar awam. Arahan penutupan telah diberikan kepada para peniaga yang ingkar.

Pengunjung dan para peniaga diminta untuk mematuhi arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dihentikan. Kerjasama anda amat kami hargai.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG