MENU
 
>

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah diuar-uarkan di dalam notis berkenaan haiwan rayau sebelum ini, MPM telah melancarkan Operasi Bersepadu Haiwan Rayau di sekitar Daerah Manjung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang hari ini (15 Jun 2019). Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan-rakan agensi seperti Jabatan Veterinar, PDRM dan lain2 pertubuhan komuniti dan masyarakat seperti MPKK.

Pihak kami telah memberikan tempoh waktu yang wajar kepada semua penternak melalui notis awam dan media sosial mengenai kesalahan membiarkan haiwan ternakan merayau sehingga mewujudkan kacau ganggu serta membahayakan nyawa semua pihak terutama pengguna jalanraya.

Kami tidak akan berkompromi lagi dan pada hari ini, janji dikotakan dengan operasi yang dilancarkan telah membuahkan hasil yang baik.

Mesej kami adalah jelas kepada semua penternak, bertanggungjawablah dengan apa yg dilakukan. Sikap lepas tangan dan 'ignorance' tidak sepatutnya wujud dlm masyarakat kita. Oleh yg demikian, kegagalan mereka ini melaksanakan tanggungjawab sebaiknya harus dikenakan tindakan yang setimpal.

Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Sekiranya tumpuan awal ini kepada lembu sahaja, kami akan meluaskan skop operasi kepada haiwan2 lain seperti kambing dan biri-biri. Maka, kepada semua penternak sila ambil tindakan yang sewajarnya.

Sekali lagi kepada semua penternak, sila bertanggungjawab terhadap semua haiwan anda. Kami yakin seluruh masyarakat bersetuju dengan tindakan ini dan operasi ini akan diteruskan dengan giat lagi demi kesejahteraan masyarakat Manjung.

Terima kasih.

Last Updated: Saturday, 16 November 2019 - 1:04am