Jabatan Kesihatan Persekitaran & Perkhidmatan Bandar
Fungsi
Bahagian Perkhidmatan Bandar
- Merancang dan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah domestik dengan mematuhi piagam pelanggan dan syarat yang ditetapkan.
- Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tempat awam seperti pasar awam, stesen dan perhentian bas, jalan utama sepertimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.
- Memantau dan peraku kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik memtuhi syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Memantau pemajak tandas awam supaya menyelenggara tandas awam dengan baik dan bersih.
- Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima berkaitan pembandaran.
Bahagian Pentadbiran Zon
- Merancang dan menguruskan pembelian serta pembaikan peralatan kerja, jentera dan kenderaan.
- Menyelia dan mengurus perakuan pembayaran kontrak / pembelian peralatan kerja dan penyelenggaraan kenderaan.
- Menyelia dan menguruskan dokumen sebutharga dan tender jabatan.
- Mengurus dan merekod belanjawan serta buku vot jabatan.
- Memantau dan mengemaskini laporan aduan awam kepada zon yang terlibat.
- Mengurus pembayaran bil air Majlis dan bil pembentungan bangunan Majlis.
- Merancang dan meyelaras kursus dan latihan anggota.
- Mengurus dan mengemaskini rekod cuti rehat / cuti sakit anggota.
- Mengurus semua tuntutan anggota jabatan seperti tuntutan elaun lebih masa, elaun pemandu ganti, elaun perjalanan dan sebagainya.
- Menyedia dan menyelaraskan laporan tatatertib anggota untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib Majlis.