Logo Majlis Perbandaran Manjung

MPM
  • Bentuk Bujur melambangkan kekuatan Rohani dan Jasmani serta sentiasa aktif untuk mewujudkan suasana Perbandaran yang dinamik.
  • Bunga Padi melambangkan ketaatan kepada pemerintah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
  • Simbol Jalur Biru melambangkan Daerah Manjung sebagai pengeluar tenaga elektrik.
  • Simbol Litar Elektronik melambangkan kemajuan Majlis Perbandaran Manjung sering dengan kemajuan ICT.
  • Simbol bangunan perindustrian dan pelabuhan menggambarkan Daerah Manjung sebagai sebuah Daerah yang menyediakan prasarana perindustrian / perkapalan di Perak secara khasnya dan di Malaysia amnya.
  • Simbol Kapal Layar dan Ombak menunjukkan komitmen Majlis Perbandaran Manjung untuk memajukan industri pelancongan dan maritim.
  • Tulisan jawi melambangkan komitmen Majlis Perbandaran Manjung untuk melibatkan nilai Agama, Bangsa dan Budaya.
  • Tulisan Majlis Perbandaran Manjung secara Melengkong menggambarkan komitmen dan kesediaan Majlis Perbandaran Manjung menuju kemajuan dalam segala aspek.
  • Warkah dengan tulisan “MAJU PROGRESIF MAKMUR” di bahagian bawah logo melambangkan perisyitiharan rasmi Majlis Perbandaran Manjung dan sentiasa menjadi keutamaan Majlis untuk memastikan setiap warga kerja dan warga perbandaran akan sentiasa maju, progresif dan hidup dalam suasana penuh kemakmuran.