Tambahan maklumat di dalam ruangan Pengeluaran Permit
Keperluan untuk memohon Permit Kenderaan Perdagangan LPKP, pemohon perlu mengemukakan sesalinan :
a. Salinan maklumat pemohon :
i. Individu / Persendirian
- Salinan kad pengenalan
- Sijil daftar perniagaan (SSM)
- Nyatakan jumlah unit kenderaan yang hendak ditempatkan
ii. Syarikat
- Maklumat / profil syarikat
- Sijil daftar perniagaan (SSM)
- Nyatakan jumlah unit kenderaan yang hendak ditempatkan.
b. Salinan geran dan pelan lokasi tempat letak kenderaan
( sertakan bersama surat kebenaran pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah )
c. Borang Lampiran A
(Untuk pengesahan jabatan )
Nota : Borang Lampiran A boleh didapati di dalam laman web Majlis Perbandaran Manjung atau di pejabat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.