Laporan Bangunan Runtuh |
| Kes Pegangan Runtuh /Terbakar / Tidak Layak Didiami |
| |
Apakah yang perlu dilakukan jika pegangan berkadar saya runtuh? Apabila pegangan berkadar anda runtuh/terbakar/tidak layak didiami disebabkan faktor bencana alam, perbuatan manusia, binatang, reput dan sebagainya, anda perlu memaklumkan kepada Majlis melalui surat dengan kadar segera. |
| |
Apakah tindakan Majlis selepas menerima laporan runtuh? Jabatan Penilaian akan membuat pengesahan terhadap kesahihan kebenaran laporan tersebut dengan membuat lawatan periksa. Seterusnya Pembantu Penilaian akan melengkapkan boring laporan pegangan runtuh beserta gambar sebagai bukti bahawa pegangan tidak wujud lagi. Jika benar pegangan telah runtuh ia akan dibentangkan di dalam mesyuarat untuk kelulusan dihapuskira. Setelah diluluskan oleh mesyuarat cukai taksiran akan dibatalkan dari senarai nilaian dan dipinda kepada nilai lot kosong |
| |
Apakah perkara-perkara yang perlu dibawa semasa menghantar laporan? Perkara-perkara yang perlu dibawa bersama menghantar laporan rumah runtuh:- 1.Surat Permohonan 2.Resit cukai Taksiran Terkini 3.Pelan lokasi rumah runtuh terlibat 4.Gambar Tapak rumah 5.Bil elektrik & bil air terakhir (jika ada) 6.Laporan Polis (Jika terbakar) |