2014   2013   2012   2011   2010   2009   2008

Sebutharga Membekal Dan Memasang Khemah Bazar Aidilfitri Tahun 2013

KENYATAAN TAWARAN UNTUK KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG KHEMAH BAZAR AIDILFITRI TAHUN 2013 UNTUK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat - syarikat yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 220288 (Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan – Pelbagai) yang masih dibenarkan untuk membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman, keupayaan kewangan dan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

BIL TAJUK KERJA KOD BIDANG TARIKH TUTUP
1. Sebutharga Kerja- Kerja Membekal Dan Memasang Khemah Bazar Aidilfitri Tahun 2013 Untuk Majlis Perbandaran Manjung 220288

28.06.2013


2. Syarikat dibenarkan membuat tawaran kepada mana- mana lokasi tapak bagi semua lokasi tapak sepertimana Lampiran 1 (tanpa had).

3. Bagi jumlah tawaran kurang yang daripada RM 10,000.00, syarikat hanya perlu berdaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung sahaja (Rujuk Lampiran 2).

4. Kerja-kerja pemasangan khemah adalah melibatkan 1 unit kipas ,1 unit soket dan 2 unit lampu

5. Tarikh pemasangan khemah bermula pada tarikh seperti berikut:-
    5.1 Lumut mulai 08 Julai 2013 dan perlu dibuka semula pada 19 Ogos 2013
    5.2 Sitiawan mulai 08 Julai 2013 dan perlu dibuka semula pada 08 Ogos 2013


6. Syarikat yang berminat untuk membuat tawaran tersebut boleh mendapatkan Borang Tawaran (Lampiran 1) di Kaunter Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Aras 2, Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat 8.00 pagi - 5.00 petang mulai 19 Jun 2013. Borang Tawaran yang lengkap beserta salinan Sijil Pendaftaran Kewangan hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung pada atau sebelum 1.00 tengahari 28 Jun 2013.

8. Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
 

Sila klik untuk muat turun Borang Tawaran