img
Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Skema Warna :tema asal | tema biru | tema hitam | tema coklat Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 


Pelaksanaan Sistem 'Area Officer'

 
1) DEFINISI ‘AREA OFFICER’
-‘Area Officer’ adalah Ahli Majlis yang telah dilantik sebagau Pegawai Pemerhati untuk
memantau dan melaporkan kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung
 
2) TUJUAN PELAKSANAAN SISTEM ‘AREA OFFICER’
a)Memantau dan melaporkan kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung berkaitan
perkara-perkara berikut:
- Aspek kebersihan kawasan (Contoh: Kawasan rekreasi/tumpuan awam,
gerai makan, tandas awam, pasar awam, pusat penjaja, parit dan longkang dan
jalan-jalan utama).
- Keadaan infrastruktur dan kemudahan awam di sesuatu kawasan di bawah
penjagaannya (Contoh: Jalan, lorong, longkang, lampu jalan dan kemudahan awam).
-Pergerakan, kegiatan dan penempatan pendatang asing.
-Kewujudan dan kegiatan setinggan tempatan.
-Aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan
oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung.
b)Untuk mengurangkan aduan awam dan pengesanan awal oleh ‘Area Officer’ yang dilantik
sebelum ia dilaporkan oleh pihak awam untuk diambil tindakan selanjutnya oleh pihak
Majlis Perbandaran Manjung.
 
c)Mewujudkan hubungan eratdi antara pihak Majlis Perbandaran Manjungdengan orang
awam bagi menghasilkansebuah komuniti yang prihatin, berilmu dan proaktifdi atas
tugas dan tanggungjawabmasing-masing dalam membangunkankawasan perbandaran
Manjung di samping bagi memastikan bandar sentiasa bersih, indah, ceria dan sejahtera
selaras dengan imej kawasan perbandaran ini sebagai ‘bandar pelancongan dan maritim’.
 
 
3) FUNGSI ‘AREA OFFICER’
a) Berperanan sebagai tempat rujukan masyarakat setempat terutama bagi yang
memerlukan perkhidmatan dan ingin membuat aduan terhadap pelbagai isu berkaitan
perkhidmatan Majlis Perbandaran Manjung.
 
b) Bertindak membantu pihak Majlis Perbandaran Manjung dalam menyampaikan maklumat
atau memberi penerangan ke atas sesuatu isu yang berbangkit.
 
c)Bertindak sebagai penasihat kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung berhubung
dengan urusan perkhidmatan dan pembangunan kawasan.
 
d)Bertindak sebagai penggerak dan penyelaras aktiviti-aktiviti sosial/kemasyarakatan
di antara pihak Majlis Perbandaran Manjung dengan penduduk setempat/kawasan
yang diwakili.
 
e)Bertindak sebagai pihak yang boleh mengesahkan maklumat atau dokumen yang
disampaikan oleh orang awam kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung.
 
Masuk
Masuk | Daftar